Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg diberikan taklimat ketika melakukan lawatan kerja ke rumah contoh Skim Pembesaran Kampung Jelutong, Bintulu, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Pembangunan Jepak Jaya bakal ubah wajah bandar Bintulu

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 3 Nov: Projek pembangunan di kawasan Jepak Jaya akan menukar wajah bandar Bintulu apabila siap sepenuhnya kelak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata apabila siap, bandar Bintulu akan menjadi sebuah bandar yang lebih progresif dan dinamik.

Jepak bakal jadi pusat pentadbiran baharu Bintulu | TVS

“Banyak projek pembangunan sedang dijalankan di kawasan Jepak dan apabila siap kelak, ia secara tidak langsung akan menaik taraf status Bintulu,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja ke tapak projek Bangunan Pentadbiran Baru Bintulu di sini, hari ini.

Antara projek yang berpotensi besar memangkin pembangunan di bandar minyak dan gas itu ialah pembinaan pusat pentadbiran Bahagian Bintulu yang baharu.

Menurutnya, Jambatan Bintulu-Jepak akan merancakkan lagi aktiviti pembangunan dan ekonomi di kawasan Jepak.

“Jepak Jaya akan dibangunkan sebagai pusat komersial baharu yang dilengkapi dengan semua kemudahan asas termasuk perumahan.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Kampung Jelutong Fasa I akan melibatkan pembinaan 98 unit kediaman yang akan dibina pada fasa kedua dan seterusnya untuk penduduk setempat.

Projek perumahan itu akan memberi keselesaan dari aspek kemudahan dan infrastruktur dengan harga jualannya lebih murah berbanding harga pasaran.

“Kita telah mengenal pasti 7,000 lebih lot untuk membina rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan