Search
Close this search box.
Tan Sri Abdul Ghani Salleh. Foto fail: Bernama

PRK Jepak: SPR jangka 65 peratus keluar mengundi Sabtu ini

BINTULU, 2 Nov: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada 4 November ini akan mencapai 65 peratus.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata jangkaan peratusan itu adalah lebih tinggi berbanding 63 peratus yang direkodkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021 lalu.

“Kita harap semua pengundi di Jepak keluar mengundi pada masa yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan proses persiapan petugas SPR bagi PRK itu di Dewan Suarah Bintulu di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata bagi PRK Jepak, sebanyak 14 pusat mengundi dibuka membabitkan 45 saluran dengan pihaknya menjangkakan pengumuman keputusan pada 9 malam.

“Waktu mengundi akan bermula pada 7.30 pagi hingga 5.30 petang dan terdapat beberapa pusat mengundi yang akan tutup pada pukul 4 petang,” jelasnya.

PRK DUN Jepak menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Iskandar Turkee mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS), Stevenson Joseph Sumbang dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Chieng Lea Phing dari Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI).

Kawasan DUN Jepak mempunyai 22,804 orang pemilih. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan