Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri mengadakan kunjungan hormat terakhir kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum bertugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman berkuat kuasa 13 November. Foto: TVS

Pesuruhjaya Polis Sarawak akhiri tugas di Bumi Kenyalang, bertemu Abang Johari

KUCHING, 2 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri di Wisma Bapa Malaysia, pagi ini.

Mohd Azman berkata, kunjungan hormat tersebut merupakan pertemuan perpisahan kerana bakal meninggalkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak selepas mula bertugas pada 18 April 2022.

“Saya telah menerima surat jemputan untuk bertemu Premier Sarawak pada pukul 11 tadi.

“Saya ambil peluang ucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak dan Kerajaan Sarawak yang telah memberi sokongan padu kepada PDRM Sarawak.

“PDRM Sarawak juga sentiasa komited bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di sini termasuklah pada pilihan raya kecil Jepak Sabtu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu Abang Johari hari.

Mohd Azman selepas ini akan bertugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman bermula 13 November.

Timbalan Pesurujaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu dengan memangku pangkat Komisioner Polis.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan