Search
Close this search box.
Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU), Hilmy Othman merakamkan gambar kenangan bersama Faltech Engineering Sdn Bhd pada penyerahan projek pengindahan kemudahan pelancongan di sekitar Pangkalan Sapi hari ini. Foto:TVS

Pangkalan Sapi mampu tingkat aktiviti sosial dan sosioekonomi masyarakat

KUCHING, 2 Nov: Penglibatan semua pihak dalam menyiapkan projek Pangkalan Sapi dan pesekitarannya adalah penting selaras dengan pembangunan Tebingan Sungai Kuching sebagai tarikan pelancongan, di samping meningkatkan aktiviti sosial dan sosioekonomi masyarakat.

Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU), Hilmy Othman melihat dengan siapnya projek itu menjadi satu lagi mercu tanda pembangunan di kawasan Petra Jaya dan membesarkan laluan untuk program ‘Kuching Car Free Morning’.

“Malaysian Urban Forum (MUF2023) pada hujung minggu ini, kita akan memperingati Pangkalan Sapi. Selepas menyiapkan projek ini, ia membolehkan kita melanjutkan program bebas kenderaan.

“Selain kita hanya berada di sebelah sana, sekarang kita boleh memanjangkan laluan ke bahagian Petra Jaya ini, menjadikan Pangkalan Sapi sebagai titik permulaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada penyerahan projek pengindahan kemudahan pelancongan di sekitar Pangkalan Sapi hari ini.

Mengulas lanjut, persekitaran Pangkalan Sapi terbuka kepada orang awam dan akan mempunyai kemudahan seperti jualan kraf dan kafeteria.

“Ia dibuka kepada orang awam, bangunan yang ada kita akan buat jualan kraf, kafeteria dan sebagainya.

“Operator akan dilantik untuk menjalankan kafeteria kepada orang awam dan dapat melanjutkan masa operasi hingga malam.

“Ini bersempena Tea Pavilion yang akan siap juga, kita akan tengok kesinambungan masa operasi dan kita akan menguar-uarkannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihaknya turut merancang menaik taraf kawasan tersebut dengan mewujudkan perkhidmatan sistem ‘buggy’ bagi memudahkan pengunjung ke Taman Botani dan Taman Orkid.

Penyerahan projek disempurnakan Faltech Engineering Sdn Bhd kepada DBKU bagi pengindahan kemudahan pelancongan di Pangkalan Sapi dan persekitarannya.

Untuk rekod, projek tersebut telah bermula pada 29 Julai 2019 dan siap pada 16 Oktober lalu.

Turut hadir ialah Pengarah DBKU, Mohamed Khaidir Abang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan