Search
Close this search box.
Muhamad Yazeed Hafiy Mohamad Yamin, 15, Muhamad Firas Haziq Samsol, 9, dan Nurul Umairah Abdul Rahman, 9, teruja bertemu anggota dan pegawai bomba di Unit Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Bertam hari ini. Foto: TVS

Bomba tunai hasrat akhir tiga kanak-kanak kanser

ByTVS

KEPALA BATAS, 2 Nov: Biarpun sedang berlawan dengan kesakitan kerana berada pada tahap akhir kanser, tiga kanak-kanak mengukir senyuman apabila hasrat terakhir mereka untuk bertemu pasukan bomba terlaksana hari ini.

Pesakit kanser otak, Nurul Umairah Abdul Rahman, 9, Muhamad Firas Haziq Samsol, 9, (kanser tulang) dan Muhamad Yazeed Hafiy Mohamad Yamin, 15, (leukemia) teruja dibawa melawat ke Unit Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Bertam di sini.

Mereka berpeluang melihat helikopter JBPM dan demonstrasi penyelamatan selain menaiki jentera bomba ketika dibawa oleh Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN).

Nurul Umairah yang dikesan penyakit itu pada September 2020 berkata, dia bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap dan bertolak dari rumahnya di Pendang, Kedah sambil ditemani ibu bapa serta adik bongsunya.

“Saya sangat seronok dapat naik lori (jentera) bomba dan dapat tengok helikopter,” katanya yang hadir dengan berkerusi roda kepada pemberita hari ini.

Ibu Nurul Umairah, Noor Shahirah Mohd Fuzi berkata, dia begitu gembira kerana berkesempatan menunaikan impian anaknya yang kerap bertanya berhubung program berkenaan.

“Setiap hari dia tanya kepada saya bila nak datang dan hari ini sepanjang berada di sini, Umairah sentiasa tersenyum.

“Saya berterima kasih FOCCAN dan pihak bomba yang merealisasikan impian anak saya yang sudah tiada lagi rawatan dan pesakit lain,” katanya.

Turut hadir, Presiden FOCCAN, Maznah Tayib dan Penguasa Kanan Bomba II Pangkalan Udara Wilayah Utara, Muhammad Fisol Rosli. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan