Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto: Bernama

3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Sejumlah 3,750 aduan diterima melalui aplikasi MYJalan bagi tempoh 1 Ogos hingga semalam (30 Okt), antaranya berkaitan masalah jalan berlubang, kerosakan papan tanda dan perabot jalan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan aduan itu, hanya 1,004 aduan atau 26.77 peratus melibatkan jalan kendalian agensi Kementerian Kerja Raya (KKR) manakala selebihnya iaitu 2,746 aduan (73.23), membabitkan jalan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Daripada 1,004 aduan membabitkan jalan seliaan agensi KKR, 789, aduan diselesaikan, manakala baki 215 aduan masih dalam proses tindakan,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam merealisasikan agenda kelestarian alam menerusi Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) dan Rangka Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2023 (LCMB) Nanta berkata sejumlah 22 lokasi infrastruktur pengecas pantas kenderaan elektrik (DCFC) telah beroperasi di lebuh raya kendalian PLUS Berhad setakat ini.

Beliau berkata sebanyak 18 lokasi lain sedang dalam pembinaan di samping empat lokasi projek rintis stesen pengecas pantas kenderaan elektrik (EV) jenis modular mudah-alih dengan sistem simpanan kuasa bateri sedang dibangunkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Selain itu menerusi inisiatif di bawah program Bitara MADANI, beliau berkata kementerian dengan kerjasama syarikat konsesi lebuh raya telah membina dan menambah baik keseluruhan 119 motorcycle shelter dengan 40 daripadanya akan disiapkan tahun ini manakala baki 79 pada 2024.

“Sejak dilancarkan pada 4 Ogos lepas, sebanyak 29 motorcycle shelter baharu telah siap dibina untuk kegunaan penunggang motosikal di lebuh raya,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing ketika menggulung perbahasan bagi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) menyokong cadangan supaya kerajaan melanjutkan insentif pengecualian cukai kepada syarikat pengendalian pelancongan yang membawa masuk pelancong asing ke dalam negara.

“Penggiat industri boleh memohon Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) menerusi permohonan secara dalam talian atau surat permohonan kepada MOTAC.

“MOTAC juga akan melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan program atau cara mencapai objektif yang ditetapkan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan