Search
Close this search box.
Perkhidmatan telefon dan Internet terputus di bahagian utara Semenanjung Gaza, umum Palestine Cellular Communications Company (Jawwal) pada Isnin. Foto AFP.

Perkhidmatan internet, telefon terputus di utara Semenanjung Gaza

ByBernama

GAZA CITY (Palestin), 30 Okt: Perkhidmatan telefon dan Internet terputus di bahagian utara Semenanjung Gaza, umum Palestine Cellular Communications Company (Jawwal) pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

“Dalam beberapa jam kebelakangan ini, beberapa kawasan di utara Semenanjung Gaza mengalami gangguan perkhidmatan akibat kegagalan generator utama di satu daripada stesen utama kami di kawasan Sheikh Radwan.

“Sejak serangan ke atas Semenanjung Gaza, rangkaian komunikasi tetap dan selular serta Internet mengalami gangguan perkhidmatan akibat kerosakan berulang pada elemen rangkaian,” menurut syarikat itu dalam kenyataan di Facebook.

Jawwal berkata kakitangan syarikat sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan