Search
Close this search box.
Gambar hiasan: Envato

Kanak-kanak bermalam di rumah ibu saudara untuk rai hari jadi cedera dipukul bapa

IPOH, 30 Okt: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera selepas ditumbuk dan ditendang bapanya semasa berada di rumah ibu saudaranya di Kampung Perah, Gerik dekat sini semalam.

Kejadian pukul 5 petang itu dipercayai berlaku apabila suspek berusia 37 tahun berang selepas mangsa pergi ke rumah tersebut sejak Sabtu lalu untuk menyambut hari lahir.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, suspek juga melibas sebilah parang yang berada di tangannya dan hampir mengena mangsa.

“Kanak-kanak itu kemudiannya dihantar ke Hospital Gerik dan pemeriksaan mendapati dia mengalami kecederaan tisu lembut pada belakang badan dan paha,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Zulkifli berkata, siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku selepas mangsa pergi ke rumah tersebut sejak Sabtu sebelum dijanjikan untuk dihantar pulang selepas majlis itu.

“Mangsa pergi ke rumah itu kira-kira 6 petang (Sabtu) bagi menyambut hari jadinya.

“Kanak-kanak itu telah bermalam di rumah berkenaan dan akan dihantar pulang pada lewat petang keesokan hari,” katanya lagi.

Menurutnya punca sebenar kejadian masih dalam siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan