Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada kunjungan hormat daripada ahli Lembaga Penjaga Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak di BCCK. Foto: TVS

Sarawak sedia RM8 bilion sebagai Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak – Abang Johari

KUCHING, 29 Okt: Kerajaan Sarawak menyediakan peruntukan awal sebanyak RM8 bilion untuk Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, dana itu tidak akan diganggu dalam tempoh 20 tahun bagi membolehkannya terus berkembang.

Kata Abang Johari, pertimbangan untuk menggunakan dana berkenaan hanya akan dibuat sekiranya Sarawak menghadapi krisis seperti peperangan atau yang memerlukan dana.

“Berdasarkan keadaan biasa, kita tidak menyentuh dana berkenaan selama 20 tahun, dana ini akan berkembang seperti di Norway.

“Cara perlaburan ini saya serah kepada pakar yang ada dalam lembaga,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Ahli Lembaga Penjaga Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak (SSWFF) di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pengerusi SSWF, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah dan Pengarah Permodalan Nasional Berhad, Datu Soedirman Aini.

Sementara itu Abang Johari berkata dana kekayaan itu berpandukan Prinsip Santiago dan Sarawak akan menjadi ahli kepada ‘London Sovereign Fund Forum’ iaitu sebuah institusi antarabangsa yang memantau dana-dana berdaulat.

“Pengurusan dana oleh ahli lembaga yang berpengalaman akan membolehkan Sarawak mempunyai lebihan pendapatan yang dapat dilabur dan disimpan dalam institusi kewangan yang kukuh.

“Jadi bermakna apa yang kita buat sekarang ialah (akan memacu) ekonomi Sarawak ke arah yang lebih mantap.

“Pelaburan dan simpan yang akan dilakukan kelak adalah untuk masa depan anak Sarawak, dengan itu, saya rasa dalam jangka panjang, ekonomi Sarawak akan lebih mantap lagi,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan