Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming dan Micheal Tiang menunjukkan nombor dua yang bermaksud calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Manifesto GPS realistik, mampu ditunaikan – Dr. Sim

ByMuqri Aziz

BINTULU, 29 Okt: Manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dilihat mempunyai hala tuju yang baik untuk membangunkan Sarawak.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, manifesto berkenaan juga disifatkan sebagai sebagai pelan komprehensif yang mampu ditunaikan.

“Manifesto kita (GPS) tidak seperti yang dijanjikan oleh pihak lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Pelancaran Manifesto GPS PRK DUN Jepak oleh Pengarah Pilihan Raya GPS, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di sini hari ini.

Manifesto berkenaan menggariskan 14 aku janji untuk merancakkan pembangunan dan meningkatkan taraf hidup rakyat Jepak dengan teras pertama menjamin kestabilan dan kekuatan politik Sarawak.

Sementara itu, Dr. Sim turut menyeru pengundi Cina di kawasan berkenaan supaya menjalankan tanggungjawab mereka pada hari mengundi.

“Walaupun terdapat hanya 1,400 pengundi cina di DUN Jepak, namun undi mereka sangat penting.

“(Usaha) mendapat majoriti besar berbanding pilihan raya negeri lalu adalah bukti sokongan kuat pengundi Cina terhadap GPS dan terus memberi kepercayaan untuk meneruskan kita meneruskan perancangan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan