Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir Majlis Simpulan Kasih 2023 anjuran Gabungan Pertalian Keluarga, Gedong Permulaan Kami dan dihadiri lebih 800 ahli keluarga di sini malam tadi. Foto TVS.

Gedong bakal jadi laluan penting hubungkan daerah di Sarawak – Abang Johari

KUCHING, 29 Okt: Gedong bakal menjadi laluan penting yang menghubungkan beberapa daerah di Sarawak berikutan pelbagai projek infrastruktur yang sedang dibina, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, Gedong yang akan dijadikan sebagai pusat pusat pentadbiran baharu juga bakal menjadi rujukan bagi pekan kecil di sekelilingnya.

Abang Johari berkata, beliau komited untuk membangunkan infrastruktur asas termasuk rangkaian lebuh raya yang menghubungkan Gedong dengan pekan kecil dan daerah lain.

“Kerajaan Sarawak akan meningkatkan infrastruktur untuk menghubungkan Gedong dengan Serian dan Gedong menerusi jalan berhampiran yang dibesarkan supaya perkhidmatan Prototaip Transit Aliran Autonomi (ART) dapat ‘sampai’ ke sini.

“Gedong (terletak berhampiran) dengan Simunjan, maka kita bina jalan raya di hulu Simunjan ke Gedong agar kedua-duanya terhubung. Jalan raya sedia ada dan jalan baharu yang dalam pembinaan di Gedong akan disambung ke Samarahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Simpulan Kasih 2023 di Raia Hotel Kuching di sini malam tadi.

Turut hadir Penaung Majlis Simpulan Kasih, Dato Sri Naroden Majais dan Pengerusi Majlis Simpulan Kasih 2023, Dato’ Ismaili Bujang Pit.

Majlis tersebut merupakan dianjurkan buat kali kedua oleh Gabungan Pertalian Keluarga, Gedong Permulaan Kami dan dihadiri lebih 800 ahli keluarga.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, pembangunan yang rancak berlaku di Gedong akan meningkatkan nilai kawasan itu dan bakal memainkan peranan besar bagi menghubungkan daerah – daerah di Sarawak.

“Saya bayangkan kita mempunyai Lebuhraya Pan Borneo, oleh itu apabila kita bina jalan raya dari Serian ke Gedong, mungkin orang akan menggunakan Gedong untuk ke Sarikei dan Sibu sekali gus menjadikan Gedong sebagai laluan penting,” katanya.

Abang Johari yakin pembinaan infrastruktur ini mampu mengangkat ekonomi di Gedong serta Simunjan yang boleh menjadi pusat pertanian ekonomi moden. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan