Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail (tiga kiri) menyerahkan anugerah belia kepada atlet Boccia Limbang, Siti Aisyah Madzelan disaksikan Sufian (dua kiri) dan yang lainnya. Foto: TVS

Utamakan rakyat, syarikat penerbangan Sarawak tidak kaut untung semata – Abdul Rahman

LIMBANG, 28 Okt: Tindakan Kerajaan Sarawak mengambil alih MASwings bukan berteraskan untuk mengaut keuntungan semata-mata namun begitu ia bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepada rakyat, kata Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah itu meyakini keputusan berkenaan adalah sejajar dengan hasrat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk meningkatkan mutu perkhidmatan penerbangan luar bandar di negeri ini.

Menurutnya, sektor penerbangan itu nanti tidak hanya tertakhluk terbang di dalam Borneo sahaja.

“Sarawak akan mempunyai syarikat penerbangannya sendiri yang bukan saja untuk dalam negeri saja, ia juga meliputi Sabah, Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan dalam jarak enam hingga tujuh jam penerbangan termasuk negara China, India dan Indonesia.

“Syarikat penerbangan Sarawak tidak berteraskan keuntungan, kita boleh mengharapkan mungkin kadar tambang yang dikenakan tidak begitu tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Belia dan Limbang Bike Week di Lapangan Rekreasi Limbang di sini, hari ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal, Walikota Majlis Daerah Limbang, Kaunselor Sufian Mohat dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Rynnille Elsther Peter.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu lagi, penubuhan syarikat penerbangan sendiri untuk Sarawak merupakan usaha murni Abang Johari untuk memberikan perkhidmatan penerbangan terbaik dan manfaat menyeluruh kepada rakyat.

“Ini adalah usaha Kerajaan Sarawak dibawah kepimpinan Abang Johari dan sama-samalah kita terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada beliau,” ujarnya.

Pada Selasa, media tempatan melaporkan Sarawak selangkah mencapai matlamatnya untuk menubuhkan syarikat penerbangan butik menerusi pengambilalihan MASwings Sdn Bhd melalui Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) pengambilalihan saham yang dimeterai Kementerian Pengangkutan Sarawak, Hornbill Skyways Sdn Bhd dan Malaysian Aviation Group (MAG). – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan