Search
Close this search box.
Len Talif Salleh menyerahkan Surat Tawaran dan Tol Skim Pembesaran Kampung Selalang Baru, pada petang Jumaat. Foto: TVS

Orang bujang dipelawa memohon tanah TOL – Len Talif

SARIKEI, 28 Okt: Pemilikan Lesen Penempatan Sementara (TOL) tidak hanya terhad untuk pemohon yang sudah berkeluarga sebaliknya, turut terbuka untuk mereka yang belum berkahwin atau masih bujang.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, langkah bertujuan menjana pembangunan melalui pemilikan tanah namun pemohon perlu mematuhi terma dan syarat yang tertentu.

“Orang bujang memohon, misalnya mereka yang sudah berusia dan tidak mempunyai keluarga atau kemampuan untuk membangunkan rumah sendiri.

“Di kawasan DUN 41 Kuala Rajang, kita beberapa penerima yang masih bujang. Ini bermakna, mereka layak mengemukakan pemohonan selagi memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Tol Skim Pembesaran Kampung Selalang Baru, di sini, Jumaat petang.

Dalam perkembangan berkaitan, Len Talif menjelaskan, projek Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) menyediakan kediaman yang lebih selesa, terancang dan dilengkap dengan pelbagai kemudahan asas.

“Kesemua SPK dan SPK yang baharu ini, dibekalkan dengan kemudahan jalan raya yang berturap, parit konkrit, api dan air, telekomunikasi dan sebagainya.

“Di samping itu, kita juga melibatkan agensi-agensi kerajaan yang lain, seperti Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dan Mutiara Mortgage and Finance untuk mereka mendapat bantuan kewangan bagi pembinaan rumah.

Sehubungan itu, SPK Kampung Selalang Baru menyediakan sebanyak 140 lot kediaman manakala jumlah yang belum diperuntukkan pula adalah sebanyak 20 lot bagi keperluan kecemasan untuk pemohon yang amat memerlukan pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan