Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama Calon GPS Iskandar Turkee di Rh. Saong. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Kerajaan GPS salur RM6.7 bilion untuk bekalan air, elektrik – Awang Tengah

ByMuqri Aziz

BINTULU, 28 Okt: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM4 bilion untuk menyediakan bekalan air dan lebih RM2.7 bilion untuk bekalan elektrik ke seluruh Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata peruntukan tersebut disalurkan susulan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada lima tahun lalu di peringkat persekutuan membuat keputusan tidak menyalurkan sebarang peruntukan kepada Sarawak.

Lebih RM6 bilion untuk bekalan air dan elektrik | TVS

“Walhal peruntukan untuk diberikan bagi memastikan bekalan air dan elektrik terjamin sudah ada tetapi mereka tidak menyalurkan kepada kita.

“Sehubungan itu, Premier Sarawak terpaksa mencari jalan walaupun terpaksa mengheret Petronas ke mahkamah bagi menuntut pembayaran cukai jualan ke atas produk petrol dan akhirnya keputusan mahkamah menyebelahi kita.

“Hasil daripada itu, kita dapat menyalurkan peruntukan untuk bekalan air khususnya di kawasan luar bandar adalah RM4 bilion dan bekalan elektrik pula adalah lebih RM2.7 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sembang Santai Bersama Pemimpin di Rh. Saong, Sungai Kemena, Jalan Kuala Tatau-Balingian di sini hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Rosey Yunus dan calon GPS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak Iskandar Turkee.

Menurut Awang Tengah lagi kerajaan negeri juga akan berusaha untuk melaksanakan projek-projek yang didambakan rakyat secara berfasa.

Dalam perkembangan lain, Awang Tengah menyeru penduduk setempat untuk mengundi GPS agar mereka dapat menikmati peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) selepas ini.

“Jika anda mengundi Parti Asiprasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) atau Parti Bumi Kenyalang (PBK), mereka tidak boleh buat apa-apa kerana peruntukan MRP dan RTP tidak ada dan kalau anda menyokong GPS, mereka masing-masing akan menerima peruntukan sebanyak RM2 juta dan RM5 juta setiap tahun.

“Bukan itu sahaja, peruntukan membaik pulih rumah disalur sebanyak RM1 juta setahun serta akan meneruskan Skim Pinjaman Rumah Panjang dan ini adalah memberi manfaat yang besar kepada penduduk-penduduk setempat,” ujarnya.

Oleh itu, beliau menyeru penduduk setempat untuk terus menyokong GPS serta memberi kemenangan besar kepada calon GPS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Jepak pdaa 4 Nov ini.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan