Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kelihatan orang ramai menyertai acara sukaneka sempena sambutan Hari Sukan Negara 2023 di Sibu. Foto: TVS

Jadikan Hari Sukan Negara (HSR) 2023 acara tahunan Sarawak – Abang Johari

SIBU, 28 Okt: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu program Hari Sukan Negara (HSR) 2023 Peringkat Negeri Sarawak menjadi acara tahunan dalam kalendar tahunan Sarawak.

Menurut beliau agenda nasional berkenaan menjadi platform bagi menggalakan masyarakat khususnya di Sarawak bergiat aktif dalam sukan.

“Bagi Negeri Sarawak, pelbagai aktiviti dan program telah pun diadakan di semua bahagian dengan merangkumi semua jenis sukan dan kecergasan yang melibatkan pergerakan fizikal seperti larian, berbasikal dan berjalan kaki.

“Aktiviti lain termasuk pertandingan, pertunjukan, rekreasi, riadah, pameran, sesi mencuba serta program berbentuk pengetahuan seperti bengkel dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II, Datuk Michael Tiang yang mewakili beliau merasmikan program tersebut di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang Fasa I di Sibu, pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau juga berharap HSN berupaya memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dengan beriadah bersama rakan dan keluarga.

“Perpaduan kaum akan tercapai sekiranya kita mencapai kata sepakat dan saling menghormati antara satu sama lain.

“Hanya dengan kesihatan yang baik kita mampu untuk melaksanakan segala aktiviti dengan lebih produktif dan cemerlang.

“Dalam pada itu, sukan juga adalah wadah penghubung yang baik mencapai perpaduan antara kaum,” ujar beliau.

Terdahulu, kira-kira 8,000 warga Sibu memeriahkan Hari Sukan Negara (HSR) 2023 Peringkat Negeri Sarawak yang diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti acara larian, berbasikal, zumba, sukaneka, pameran dan banyak lagi.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Temenggong Dato Vincent Lau Lee Ming dan yang lain.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan