Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof ketika berucap pada Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Melanau Bintulu di sebuah hotel di sini, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

GPS kuat, ahli diingatkan jangan leka hadapi PRK Jepak – Fadillah

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 28 Okt: Ahli-ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) diingatkan agar tidak leka akan kekuatan yang dimiliki gabungan komponen parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di sini.

Malahan, Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof menyeru ahli GPS untuk terus mengekalkan momentum kecemerlangan gabungan itu dalam dua siri pilihan raya sebelum ini dengan memastikan sebanyak mungkin pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada 4 November nanti.

“Jangan terlampau selesa bila orang cakap di Sarawak ini GPS apatah lagi PBB pasti menang. Jangan macam itu kerana dalam pilihan raya kita berperang, kena bawa ahli keluarga turun mengundi.

“Kita bukan sahaja mahukan kemenangan, tetapi kita mahu menang dengan bergaya. Sekiranya ia dicapai, apabila wakil rakyat Jepak berucap semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) barulah akan berasa gah sedikit dan akan didengar oleh kepimpinan kerana wakil rakyatnya menang dengan majoriti yang besar,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Melanau Bintulu di sebuah hotel di sini, hari ini.

Turut hadir, calon GPS bagi PRK DUN Jepak, Iskandar Turkee.

PRK DUN Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon GPS dengan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) Chieng Lea Phing.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, GPS tidak mungkin mencapai kekuatan yang dimilikinya sekarang tanpa perpaduan ahli.

Fadillah menjelaskan, perpaduan antara ahlinya telah memperlihatkan kedudukannya sebagai parti gabungan penentu kerajaan, sejak dua penggal lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan