Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyertai senam aerobik bersama dengan 288 peserta pertandingan The Amazing Race anjuran MAKSAK Wanita Sarawak di Foyer Dewan Undangan Negeri Sarawak. Foto: TVS

288 peserta sertai Amazing Race MAKSAK Wanita Sarawak sekitar Petra Jaya

KUCHING, 28 Okt: Seramai 288 orang wanita terdiri daripada penjawat awam Kerajaan Sarawak serta Kerajaan Persekutuan memeriahkan Pertandingan Amazing Race Sarawakku Sayang 2023 di sini, pada Sabtu.

Simbolik pelepasan telah disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini bagi acara yang bermula dari Bangunan Dewan Undangan Negeri Baru-Jalan Astana-Taman Perpaduan-Pasar Satok-Wisma SABATI-Medan Hamidah-Bangunan Dewan Undangan Negeri.

Difahamkan program anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita itu merupakan aktiviti sukan dan sosial untuk menggalakkan penjawat awam wanita beriadah dengan penglibatan sebanyak 72 pasukan.

Di samping itu juga, program ini juga membantu meningkatkan kemampuan individu dalam membangun pasukan, pengambilan keputusan serta pengambilan risiko serta berkongsi pengalaman dalam hal motivasi individu dan motivasi team, kepercayaan diri dan kreativiti.

Pada masa yang sama ia mengeratkan silaturahim di antara penjawat awam wanita dan memupuk semangat kerja berkumpulan dalam kalangan kakitangan pelbagai gred dan skim perkhidmatan.

Amazing Race Sarawakku Sayang ini merupakan aktiviti tonggak tahunan MAKSAK Wanita Negeri Sarawak sejak tahun 2012. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan