Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika melawat tapak jualan Sarawak Kitchen di Tebingan Kuching pada Jumaat. Foto: TVS

Sarawak Kitchen, gerai PMKS bakal jana lebih RM1 juta

KUCHING, 27 Okt: Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) optimis penganjuran program Sarawak Kitchen dan Gerai Jualan Perniagaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) mampu menjana jualan lebih RM1 juta tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sasaran itu berdasarkan pencapaian program sama tahun lalu.

Sarawak Kitchen, gerai PMKS mampu jana lebih sejuta ringgit | TVS

Menurut beliau ia diadakan sempena Regatta Sarawak dan Festival Tebingan Kuching 2023.

“Sempena dengan Sarawak Regatta ini kementerian kita (MINTRED) telah dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan Sarawak Kitchen, sambutannya begitu baik cuma kawasan ini dpt menempatkan 50 gerai sahaja.

“Mereka jual pelbagai jenis makanan untuk memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana kita mempromosikan produk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pra perasmian acara tersebut di Tebingan Kuching pada Jumaat.

Awang Tengah dalam pada itu hasil jualan tahun ini meningkat memandangkan sektor pelancongan mula berkembang aktif.

Sarawak Kitchen dan Gerai Jualan PMKS akan beroperasi dari 27 Oktober hingga 5 November ini bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 10 malam.

Acara tersebut bukan sahaja menjadi platform yang terbaik kepada para peniaga dan usahawan tempatan menjana pendapatan.

Malah ia sekali gus mempromosikan makanan tempatan Sarawak kepada komuniti luar termasuk pelancong asing. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan