Search
Close this search box.
Calon GPS Iskandar Turkee bersama Datuk Abdullah Saidol dan Fazzruddin Abdul Rahman dengan belia-belia Kampung Haji Ismail. Foto: Muqri Aziz (TVS)

PRK Jepak: Belia jangan ambil ringan tanggungjawab mengundi

ByMuqri Aziz

BINTULU, 27 Okt: Golongan belia di sini diseru agar tidak mengambil ringan terhadap tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak nanti.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee berkata PRK kali ini merupakan peluang terbaik mereka untuk memilih wakil rakyat yang boleh membawa suarat rakyat terutamanya golongan belia di DUN Sarawak kelak.

“Kita tidak menafikan bahawa golongan belia adalah golongan penting dalam proses demokrasi dan seperti kita tahu berlakunya pertambahan pengundi baharu secara automatik.

“Sehubungan itu, saya memang melihat pandangan mereka dalam pesta demokrasi ini adalah penting sekali.

“Dengan penglibatan mereka dalam proses demokrasi inj, golongan belia menyampaikan hasrat dan aspirasi mereka sebab kalau tidak siapa mereka ingin menyalurkan harapan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke Kampung Haji Ismail di Kuala Tatau, Bintulu hari ini.

Turut hadir bersama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol dan Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman.

Oleh itu, setelah beliau dipilih menjadi wakil rakyat kelak, beliau mahu menganjurkan program ‘outreach’ kepada golongan pengundi pertama dengan berobjektifkan pentingnya mereka terlibat dalam diskusi politik.

Senada dengan Abdullah Saidol, beliau mahu golongan belia senantiasa berjiwa besar jika ingin berbakti kepada negara untuk menyertai bidang politik.

“Dalam hal ini, golongan ini boleh menjadi wakil rakyat yang bertanggungjawab dan ini akan menjaminkan hala tuju dan masa depan negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan