Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi menandatangani plak perasmian ALAF Fasa 1 Rumah Danggang, KM33, Bintulu, hari ini. Foto: TVS

Peruntukan tambahan RM85 juta laksana projek ALAF bagi 5,115 isi rumah

BINTULU, 26 Okt: Peruntukan tambahan berjumlah RM85 juta diperlukan bagi melaksanakan projek bekalan elektrik di bawah Dana Permohonan Tambahan atau Lewat (ALAF) untuk 5,115 lagi isi rumah di seluruh Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak itu disasarkan untuk disiapkan menjelang 2025.

Katanya projek tersebut yang dilaksanakan melalui kementeriannya dan Sarawak Energy Berhad (SEB) sebagai agensi pelaksana merupakan program berterusan yang dilaksanakan secara berperingkat untuk membekalkan elektrik 24 jam ke kawasan luar bandar.

“Projek ALAF merupakan sebahagian daripada program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak untuk membekalkan elektrik luar bandar di seluruh negeri ini.

“Ia khusus bagi mereka yang lambat memohon, jadi Kerajaan Sarawak telah meluluskan RM230 juta untuk melaksanakan projek ini untuk membekalkan elektrik secara berterusan di seluruh sarawak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian ALAF Fasa 1 Rumah Danggang, KM33 di sini, hari ini.

Julaihi berkata, 14,348 isi rumah telah siap disambung sepenuhnya dengan bekalan elektrik manakala 5,366 isi rumah lagi masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan sementara 999 isi rumah sedang dalam peringkat tinjauan.

Beliau berkata, bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, sebanyak RM7.29 juta kos pelaksanaan projek telah dibelanjakan bagi melaksanakan projek rakyat melibatkan 397 isi rumah sementara pelaksanaan projek di bawah Skim ALAF pula melibatkan sebanyak 31 projek dengan 431 isi rumah.

“Sebanyak 21 projek membabitkan sejumlah 273 isi rumah telah siap sepenuhnya manakala sembilan projek lagi melibatkan 158 isi rumah sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

“Kesemua isi rumah yang sedang dalam pelaksanaan ini dijangka akan mendapat bekalan elektrik sepenuhnya secara berperingkat bermula tahun hadapan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan