Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot ketika bertemu dengan keluarga mangsa di Kampung Limpaku Pinang. Foto: IPD Limbang

Bot ditemui di perairan Brunei, SAR dua nelayan hilang tidak dapat diteruskan

LIMBANG, 26 Okt: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dua nelayan yang hilang sejak Ahad lepas tidak dapat diteruskan susulan penemuan bot mangsa berada di perairan negara Brunei Darussalam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, kawasan terbabit juga cetek dan hanya boleh dilalui semasa air pasang sahaja.

Beliau menjelaskan penggunaan pesawat udara dan dron juga tidak dapat dilakukan berikutan lokasi tersebut merupakan perairan negara Brunei.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot. Foto: TVS

“Pihak Konsulat Brunei, Ketua Polis Brunei Muara dan Temburong juga telah dihubungi bagi perkongsian maklumat jika ada maklumat mengenai orang hilang ini.

“Sehingga ini, kita masih menunggu pengesahan dari pihak berkuasa negara Brunei sama ada orang hilang ada ditangkap oleh pihak berkuasa negara Brunei atau sebaliknya dan tiada penemuan setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Parum berkata lagi, selain Brunei, pihak berkuasa di sempadan Limbang, Lawas, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Persekutuan Labuan turut dimaklumkan mengenai kes kehilangan mangsa.

Berdasarkan kronologi kes, dua nelayan Hamdanie Mustapa 39, dan rakannya Mohd Asrol Karim 37, dari Kampung Limpaku Pinang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak keluar untuk menangkap ikan jam 3 pagi Ahad lepas sebelum kerja pencarian dilakukan penduduk kampung.

Pencarian yang dibuat oleh penduduk Kampung menemui bot nelayan yang digunakan oleh mangsa di Kuala Limbang dalam keadaan karam di kawasan cetek berdekatan Pulau Siarau (Pulau Negara Brunei dan kawasan perairan Negara Brunei) sekitar jam 4 petang pada hari yang sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan