Search
Close this search box.
Rafizi Ramli selamat menjalani pemasangan stent jantung minggu lepas dan kini sedang berehat. Foto fail: Bernama

Rafizi selamat jalani prosedur stent jantung, sedang berehat – Saifuddin

ByBernama

PUTRAJAYA, 25 Okt: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli selamat menjalani pemasangan stent jantung minggu lepas dan kini sedang berehat, demikian menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh sumber terdekat dengan Rafizi.

“Dia selamat (jalani prosedur stent jantung) dan sekarang berehat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Jubli Intan 75 Tahun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini.

Mendoakan kesihatan Rafizi, Saifuddin Nasution berkata beliau percaya Rafizi akan kembali sihat dengan rehat yang cukup.

Pada 21 Okt lepas, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR kini dalam keadaan stabil.

Dr Zaliha turut mengesahkan Rafizi dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) selepas dilaporkan mengalami serangan jantung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan