Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon GPS, Iskandar Turkee boleh diharap, berkebolehan. Foto: Muqri Aziz (TVS)

PRK Jepak: Iskandar boleh diharap, berkebolehan – Dr Abdul Rahman

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 25 Okt: Calon ditampilkan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak disifatkan sebagai individu yang boleh diharapkan oleh penduduk di kawasan berkenaan.

Justeru, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menyeru 22,804 pengundi di Jepak agar memberi sokongan dan kepercayaan kepada Iskandar bagi berkhidmat di kawasan itu.

“Saya yakin dia individu yang dapat diharapkan masyarakat di sini untuk meneruskan perjuangan mantan ADUN Jepak, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip.

“Pilih yang sebaik-baiknyalah, bagi kita di Sarawak, Kerajaan Sarawak bukan cakap kosong, tetapi kita laksanakan. Buktinya kita boleh lihat pembangunan yang begitu pesat di seluruh Sarawak ini.

“Saya yakin dengan Iskandar dan tiada ragu-ragu mengenai kebolehannya,” katanya ketika ditemui pemberita ketika melakukan lawatan kerja di Kompleks PERYATIM Jepak di sini, hari ini.

PRK DUN Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon GPS dengan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) Chieng Lea Phing.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahman meminta pengundi-pengundi GPS agar tidak mengambil mudah PRK DUN Jepak dengan bersikap terlalu yakin meraih kemenangan sehingga menyebabkan mereka tidak turun mengundi.

“Saya takut apabila kita terlalu yakin menang, ia menyebabkan anda semua tidak turun mengundi.

“Satu undi dari anda itu penting kerana kita mahu memberikan kemenangan yang besar kepada Iskandar,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan