Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi mendengar taklimat di tapak projek bekalan air di Bintulu yang telah siap, semalam. Foto: Julaihi Narawi (FB)

Pelaksanaan 46 projek, tambah baik sistem bekalan air di Bintulu – Julaihi

ByLuqman Muhammad

BINTULU, 25 Okt: Pelaksanaan 46 projek bekalan air berimpak tinggi bernilai sekitar RM768 juta kini sedang rancak dilaksanakan bagi menambah baik infrastruktur dan sistem bekalan air di Bahagian Bintulu.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata pelaksanaan projek ini bagi menampung permintaan bekalan air yang semakin bertambah di bahagian itu.

Menurutnya, projek-projek bekalan air ini telah dirancang dengan teliti Kerajaan Sarawak dan Persekutuan.

“Setakat ini, 31 projek bekalan air bernilai sekitar RM234 juta telah siap dilaksanakan dan telah berjaya menangani beberapa isu bekalan air di beberapa kawasan di Bahagian Bintulu.

“Lapan lagi projek bernilai sekitar RM118 juta masih dalam fasa pembinaan dan menunjukkan perkembangan yang amat positif,” katanya ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke dua tapak projek di sini, semalam.

Selain itu, tujuh projek bernilai sekitar RM416 juta masih lagi berada dalam fasa perancangan.

Dalam pada itu, Julaihi berkata projek pembinaan paip air 600mm MSCL menyeberangi Jambatan Kemena sehingga ke simpang Institut Kemahiran Mara yang bernilai lebih kurang RM7.3 juta juga telah siap dilaksanakan pada Ogos 2021 dan diserahkan kepada pihak LAKU Management Sdn. Bhd.

Projek itu telah memberi manfaat besar kepada penduduk di kawasan Jepak, Jalan Bintulu-Tatau, dan Kuala Tatau dengan peningkatan jumlah bekalan air ke kawasan berkenaan.

Sementara itu bagi projek pembinaan tangki aras tinggi Samarakan dibawah Pakej NR1 W02 yang bernilai lebih kurang RM15.7 juta telah mencapai kemajuan 98.31 peratus dan dijangka siap pada hujung tahun ini.

“Apabila projek ini siap sepenuhnya nanti, ia akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan DUN Jepak khususya kawasan di sepanjang jalan Bintulu-Tatau,” jelasnya.

Katanya, JBALB akan memastikan projek-projek yang kini dalam peringkat pelaksanaan akan disiapkan dalam jangka masa ditetapkan bagi menjamin kualiti bekalan air yang lebih baik.

“Projek-projek tersebut merupakan sebahagian daripada Sistem Grid Bekalan Air Sarawak yang dilhamkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menyelesaikan isu bekalan air secara efektif dan menyeluruh,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan