Search
Close this search box.
Golongan belia Jepak (dari kiri) Rahimah Abdul Halim, Tissnia Mayai Ungun dan Suffuani Bujang. Foto: TVS

Harga barang, rumah dan tempat berniaga antara yang dimahukan golongan belia Jepak

ByMuqri Aziz

BINTULU, 25 Okt: Menstabilkan harga barang keperluan, rumah mampu milik dan tempat berniaga antara isu yang diluahkan golongan muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Menerusi tinjauan TVS baru-baru ini, Rahimah Abdul Halim, seorang penyelia kedai aiskrim di kawasan RPR Sibiew memberitahu harga kenaikan barang tidak setimpal dengan hasil pendapatan pada masa kini.

“Sebab kalau kita melihat, kadar minimum gaji di Malaysia adalah RM1,500 dan ia tidak setimpal dengan kenaikan harga barang.

“Sudah semestinya wakil rakyat diminta untuk melihat alternatif atau jalan terbaik bagi memastikan pendapatan yang kami perolehi tidak membebankan kami berbelanja lebih mengikut harga barang pasaran kerana kami ini bukan orang senang,” katanya.

Bukan itu sahaja, rata-rata mereka menyokong inisiatif penempatan perumahan Jepak Jaya khusus kepada penduduk setempat namun ia tidak cukup untuk meliputi semua golongan muda di kawasan berkenaan.

Tissnia Mayai Ungun, seorang pekerja kedai aiskrim turut berpandangan bahawa golongan muda pada masa kini juga tidak mampu untuk membeli rumah pertama mereka atas faktor ketidakmampuan.

“Saya berasal dari Rh Sati di Jalan Bintulu-Miri yang mengambil masa satu jam ke kawasan bandar untuk bekerja dan kalau kita lihat kadar sewa rumah juga kami tidak mampu apatah lagi membeli rumah pertama kami.

“Peluang pekerjaan di kawasan saya sendiri memang ada, cuma tidak mampu untuk menyara hidup saya dengan komitmen yang ada pada masa sekarang,” keluhnya.

Bagi menjamin peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan mengurangkan kadar migrasi terutamanya golongan muda untuk mendapatkan pekerjaan di bandar mahupun luar Bintulu, Suffuani Bujang, seorang pemilik gerai burger mahu wakil rakyat menubuhkan sebuah pusat niaga seperti Wireless Walk di Miri.

“Saya meniaga di kawasan Assyakirin namun tinggal di Kampung Baru Bintulu dan saya memohon kepada wakil rakyat yang dipilih kelak untuk membangunkan sebuah pusat niaga khas untuk peniaga kecil seperti kami.

“Kalau anda lihat di kawasan kami, rata-rata peniaga membuka gerai di tepi jalan dan berselerak hinggakan tempat parkir pun susah untuk dicari dan sehubungan itu, pusat niaga adalah jalan terbaik untuk menempatkan kami semua dibawah satu bumbung,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan