Search
Close this search box.
Golongan peniaga kecil di Tebingan Kuching meraih pendapatan lumayan setiap kali berlangsung acara besar di lokasi pelancongan popular itu. Foto TVS.

Isu peniaga tidak dapat sewa tapak sempena Regatta Sarawak 2023 selesai

KUCHING, 24 Okt: Isu peniaga kecil gagal mendapatkan sewaan lot niaga di Tebingan Kuching sempena Regatta Sarawak 2023 dan International Dragon Boat Race 2023 berjaya diselesaikan, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah menyelesaikan masalah berkenaan.

Kata Abdul Karim, beliau difahamkan peniaga yang tidak mendapat permit sebelum ini telah diberikan tempat tertentu untuk berniaga.

“Baru-baru ini isu berkenaan telah dibangkitkan menerusi media sosial, peniaga membuat aduan selepas gagal mendapatkan tapak daripada DBKU untuk berniaga.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto TVS.

“Bagaimanapun, Alhamdulillah DBKU berjaya menyelesaikan isu berkenaan,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian dalam sidang media selepas menerima cek tajaan RM500,000 daripada Petroleum Sarawak Berhad (Petros) sempena Regatta Sarawak 2023 dan International Dragon Boat Race 2023 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata ini, membuktikan bahawa penganjuran acara ituberjaya menjana pendapatan lumayan kepada peniaga kecil.

“Di sini kita boleh melihat jangkaan pendapatan yang akan diperoleh peniaga kerana Tebingan Kuching menjadi tumpuan pelancong, pengunjung domestik dan antarabangsa,” katanya.

Acara itu akan bermula pada 27 Oktober hingga 5 November depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan