Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai mula membanjiri Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menghadiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin sejak 5 petang tadi. Foto: Bernama

Himpunan Malaysia bersama Palestin: Orang ramai mula membanjiri Axiata Arena

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Orang ramai mula membanjiri Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menghadiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin sejak 5 petang tadi.

Ibarat ‘lautan putih’, perkarangan stadium itu dipenuhi peserta himpunan yang hadir berpakaian serba putih, bagi mempamerkan solidariti mereka kepada rakyat negara Timur Tengah itu yang kini dihimpit kesukaran akibat penindasan yang dilakukan rejim Israel.

Himpunan yang dijangka dihadiri 20,000 orang itu turut diwarnai dengan kibaran Jalur Gemilang dan bendera Palestin, selain digemakan dengan laungan “bebaskan Palestin” dan “Israel Cuak”.

Program malam ini bermula secara rasmi dengan solat Maghrib berjemaah dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan di Palestin, sebelum disusuli dengan beberapa siri ucapan berkenaan sejarah dan perkembangan konflik yang melanda negara itu oleh pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijangka akan menyampaikan amanat khas pada perhimpunan itu.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan