Search
Close this search box.
Datuk Khaw Kok Chin menunjukkan sebahagian dadah bernilai kira-kira RM2 juta yang dirampas pihak polis pada sidang media di IPK Pulau Pinang di George Town hari ini. Foto: TVS

Tangkapan lelaki di tepi jalan bongkar penemuan dadah RM2 juta

GEORGE TOWN, 23 Okt: Polis merampas dadah bernilai hampir RM2 juta menerusi serbuan di enam lokasi bermula Jumaat lepas hingga semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, pihaknya turut menahan empat lelaki berusia 27 hingga 33 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan memproses dadah di beberapa lokasi yang dijadikan makmal.

Suspek pertama katanya ditahan di tepi jalan di Tanjung Tokong pada Jumaat sebelum polis menemui sejumlah dadah di dalam sebuah kereta.

“Suspek kedua ditahan di Gelugor pada Sabtu manakala suspek ketiga dan keempat ditahan di Lebuh Sungai Pinang pada hari sama dan turut menemui sejumlah dadah dalam kereta yang diparkir.

“Polis turut menyerbu sebuah premis dua tingkat di Teluk Kumbar yang dijadikan tempat memproses dadah dadah jenis syabu dan heroin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Kok Chin berkata, dadah yang dirampas boleh digunakan oleh kira-kira 1.2 juta penagih.

Ujar beliau, polis turut menyita enam buah kereta dan dua buah motosikal bernilai RM157,500, barang kemas (RM32,435) dan wang tunai (RM1,660).

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan