Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama para penerima anugerah pada Majlis Anugerah Seni dan Budaya Sarawak 2023 di Kuching, malam tadi. Foto: TVS

Sarawak sebagai pusat tumpuan aktiviti kesenian dan kebudayaan

KUCHING, 23 Okt: Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Sarawak sebagai pusat tumpuan bagi aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan Sarawak memperuntukkan lebih RM200 juta untuk menaik taraf bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) lama sebagai pusat seni persembahan Sarawak.

Malah, menurutnya hasrat tersebut dapat direalisasikan dengan pengiktirafan Kuching sebagai bandar perpaduan.

“Dengan terlaksananya hasrat ini, Sarawak bakal dikenali sebagai pentas seni persembahan bertaraf antarabangsa bagi pelbagai pementasan aktiviti kesenian dan kebudayaan.

“Sekali gus ia bakal melonjakkan nama Sarawak sebagai pusat tumpuan untuk penggiat-penggiat seni dan budaya sama ada dalam dan luar negara untuk mengadakan persembahan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Anugerah Seni dan Budaya Sarawak 2023 di sini, malam tadi.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan Anugerah Tokoh Seni Budaya Sarawak 2023 (Anugerah Utama) kepada Dato Sarbanun Merican. Foto: TVS

Beliau berkata lagi, Anugerah Seni dan Budaya 2023 akan melahirkan lebih ramai penggiat seni budaya yang mempunyai kepakaran tinggi serta sumbangan mereka akan diangkat dan diiktiraf hingga ke persada dunia.

“Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong usaha-usaha yang dilaksanakan sama ada melalui agensi-agensi kerajaan Persekutuan, persatuan-persatuan seni budaya mahupun syarikat seni dalam menyemarakkan aktiviti seni dan budaya di Sarawak.

“Saya juga amat teruja  kerana pada malam ini, kita dapat melihat para penggiat seni budaya Sarawak ini diangkat dan diiktiraf peranan dan usaha mereka menyumbang terhadap pembangunan seni dan budaya di Sarawak amnya,” ujarnya.

Majlis Anugerah Seni dan Budaya 2023 merupakan program pengiktirafan kepada penggiat seni budaya berbentuk penyampaian anugerah di peringkat Sarawak kepada seorang tokoh atau pemain industri yang diiktiraf kewibawaannya dalam bidang seni dan budaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan