Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persembahan tarian oleh pelajar sekolah seni SMK Tun Abang Haji Openg semasa Artstravaganza-Mini Arts Carnival WAK 2023 di Sarawak Plaza semalam. Foto: TVS

WAK 2023 Artstravaganza Mini Carnival, wadah pembangunan bakat seni

KUCHING, 22 Okt: What About Kuching (WAK) 2023: Artstravaganza Mini Arts Carnival menjadi platform terbaik untuk membangunkan bakat dan seterusnya memacu industri seni kreatif di Sarawak.

Jurulatih sekolah seni muzik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg, Jackkius Manual berkata, melalui penganjuran acara ini, anak muda terutamanya di bangku sekolah berpeluang menonjolkan bakat mereka.

Jurulatih Seni Muzik SMK Tun Abang Haji Openg, Jackkuis Manual, 30 tahun menyatakan bahawa penganjuran What About Kuching 2023: Artstravaganza-Mini Arts Cartival wadah lahirkan pembangunan bakat dalam memacu industri seni kreatif. Foto: TVS

Ujar Jackkius, pelbagai program lain yang berlangsung sempena festival berkenaan termasuk bengkel teater, bengkel seni visual, bengkel muzik dan bengkel tarian turut mempunyai kepentingan bagi menyemarakkan industri kreatif di sini.

“Kami menyasarkan murid sekolah rendah berusia 11 hingga 12 tahun untuk melakukan aktiviti berfaedah pada hujung minggu.

“Malam ini (tadi) kami mengadakan mini showcase yang melibatkan persembahan muzik, tarian dan sketsa pendek.

“Apa yang uniknya pada tahun ini ialah bukan sahaja murid terlibat malah guru juga mengambil bahagian,” katanya kepada TVS selepas hadir program berkenaan di Sarawak Plaza, Kuching petang semalam.

Sementara itu, Jackkius berkata, sekolah seni memainkan peranan penting dalam pembangunan bakat dan seterusnya mencapai aspirasi kerajaan untuk merancakkan industri seni kreatif.

“Sekolah seni fokus kepada bidang utama iaitu muzik, seni teater, seni visual dan tarian. Bagi mengasah bakat, terdapat kokurikulum lengkap disediakan,” katanya.

WAK mula dianjurkan pada 2017 dengan hasrat untuk menjadikan bandar raya ini sebagai hab aktiviti seni dan gaya hidup di samping melahirkan individu kreatif.

Penganjuran tahun ini menyaksikan lebih 40 acara menarik berlangsung termasu pertunjukan seni, pertunjukan muzik, teater, komedi, tarian, ceramah dan bengkel. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan