Search
Close this search box.
Pakar bidang penerbangan dan aeroangkasa di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (MIAT), Universiti Kuala Lumpur, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian menjelaskan bahawa industri penerbangan sentiasa rumit dan kompleks. Foto hiasan, Envato.

Syarikat penerbangan tidak sunyi daripada pergolakan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Industri penerbangan tidak sunyi daripada penggantungan malah juga jika lebih teruk, muflis. Sebahagian syarikat penerbangan mampu mengharungi pergolakan melalui langkah penggabungan namun, malang bagi sesetengahnya, terpaksa ‘gulung tikar’ demi kebaikan.

Situasi ini dihadapi terutama syarikat penerbangan tambang rendah (LCC), yang ingin memberikan harga paling berpatutan untuk orang ramai.

Sebaliknya, berita baik pula adalah perjalanan masa kini menjadi semakin lebih popular dan lebih mudah kerana tidak perlu lagi dikaitkan dengan kos yang terlalu tinggi.

Permintaan sentiasa ada, namun, mengapa syarikat penerbangan tambang rendah sering mengalami kerugian di Malaysia?

Parlimen: Sijil Perakuan Pengendali Udara MYAirline digantung

 

Syarikat Penerbangan Perlu Pengetahuan Mendalam

 

Pakar ekonomi dalam bidang penerbangan dan aeroangkasa di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (MIAT), Universiti Kuala Lumpur, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian menjelaskan bahawa industri penerbangan sentiasa rumit dan kompleks di samping memerlukan pengetahuan dan kepakaran mendalam untuk mengatasi rintangan yang wujud,

AirAsia tawar diskaun 50 peratus tambang kepada penumpang MYAirline terjejas

Beliau berkata dalam konteks penutupan mengejut MYAirline, syarikat penerbangan tambang rendah baharu di Malaysia, perkara itu adalah contoh kontekstual organisasi yang beraspirasi untuk menjadi peserta terkemuka dalam bidang pengangkutan.

“Namun, malangnya inti pati dan falsafah dalam mengendalikan syarikat penerbangan tambang rendah secara tersiratnya adalah rumit dengan overhed yang semakin meningkat termasuk krew penyenggaraan dan penerbangan, harga bahan api, alat ganti, kos operasi dan kerja-kerja penyenggaraan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

AirAsia tawar diskaun 50 peratus tambang kepada penumpang MYAirline terjejas

Mengenepikan kes dakwaan Pengasas MYAirline, Goh Hwan Hua yang ditahan pada Selasa lepas berkaitan penubuhan syarikat penerbangan tambang rendah itu dan latar belakang perniagaannya, bahagian operasi syarikat penerbangan tambang rendah sering bergelut dari segi kewangan, sama ada MYAirline atau AirAsia secara amnya.

Mohd Harridon menjelaskan bahawa harga tiket yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan tambang rendah lazimnya memberi tekanan kepada kedudukan kewangan sesebuah organisasi kerana monetari atau keuntungan kewangan daripada jualan tiket yang dilihat rendah.

Syarikat penerbangan memerlukan volum jualan yang tinggi untuk mencapai pulangan besar daripada pelaburan serta keuntungan, katanya.

AirAsia tawar diskaun 50 peratus tambang kepada penumpang MYAirline terjejas

Bagaimanapun, apabila meneliti maklum balas yang diterima daripada ramai rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan menerusi MYAirline, mereka berpandangan syarikat penerbangan itu menunjukkan prestasi yang baik terutama dalam mengekalkan prestasi tepat masa yang melebihi 90 peratus pada kebanyakan masa.

Tambahan pula, temu bual eksklusif Bernama dengan MYAirline awal tahun ini juga mendapati syarikat penerbangan itu mempunyai pelbagai perancangan untuk menambah laluan dan menyewa pesawat bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

Pencapaian itu mendahului sasarannya untuk mendapatkan penyenaraian di Bursa Malaysia dalam tempoh tiga tahun.

AirAsia tawar diskaun 50 peratus tambang kepada penumpang MYAirline terjejas

Minggu lepas, MYAirline mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya terpaksa mengambil ‘keputusan yang amat menyakitkan’ disebabkan tekanan kewangan yang menyebabkan operasinya perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

 

Penting Mempunyai Banyak Pilihan Pendanaan

 

Mengulas lanjut, Mohd Harridon berkata volum jualan sebenarnya akan diterjemahkan kepada kekerapan penerbangan, dengan syarikat penerbangan tambang rendah akan meningkatkan kekerapan penerbangan untuk menampung peningkatan jualan.

“Ini menggalakkan untuk (memperkukuh) kedudukan kewangan organisasi namun, pertambahan kekerapan penerbangan akan meningkatkan penggunaan pesawat dan, jelas sekali, ‘haus dan lusuh’ komponen pesawat juga akan meningkat dengan ketara.

“Ini akan meningkatkan kos penyenggaraan kapal terbang secara eksponen dan menyebabkan tekanan sangat besar terhadap kepercayaan kewangan organisasi,” katanya.

Beliau berkata bagi mengimbangi perkara itu, penting untuk syarikat penerbangan tambang rendah memiliki atau mengekalkan banyak pilihan pendanaan dalam usaha mencapai titik penting imbangan, iaitu mengimbangi perbelanjaan dan keuntungan.

Malah, AirAsia X Bhd (AAX) juga tidak terkecuali mengalami kesukaran walaupun syarikat penerbangan itu memaparkan keuntungan pada suku ketiga dan keempat 2022 serta dalam suku pertama dan kedua 2023.

“Kesukaran itu mendorong AAX mengemukakan cadangan melaksanakan pelan regularisasi dan pendekatan penstrukturan semula hutang bagi membolehkan syarikat itu meneruskan kelangsungannya,” kata Mohd Harridon.

Pada 19 Oktober lepas, AAX dikejutkan dengan keputusan Bursa Malaysia Securities Bhd menolak permohonannya untuk dilepaskan daripada status Nota Amalan 17 (PN17).

Sebaliknya, AAX diberi tempoh sehingga 17 Januari 2024 bagi mengemukakan pelan regularisasinya.

AAX merupakan syarikat sekutu Capital A yang telah mendapat kemudahan kredit yang akan membantu kerjasama penerbangan kumpulan tersebut.

Namun, dalam aspek ini, jelas menunjukkan bahawa kelebihan untuk mendapatkan pelbagai sumber kewangan adalah ‘nadi’ dalam usaha mengharungi dinamik serta ‘kejutan’ industri penerbangan ini.

 

Nilai Mata Wang, Harga Minyak, Kemelut Politik Beri Cabaran Besar

 

Mengikut laporan media, ringgit baru-baru ini susut ke paras terendah dalam tempoh 25 tahun iaitu sekitar 4.7635 berbanding dolar AS — paras paling lemah sejak krisis kewangan Asia berlaku pada 1998.

Bagi harga minyak pula, pasaran bahan api itu dilihat tidak menentu berikutan ketegangan di Timur Tengah yang kian meruncing, khususnya antara Israel dan pejuang Hamas.

“Menerusi pemerhatian, harga minyak ini sentiasa meningkat dan ketidaktentuan politik di negara lain telah menjejaskan rantaian bekalan logistik membabitkan alat ganti pesawat dan keadaan ini lazimnya menyebabkan margin keuntungan syarikat penerbangan tambang rendah menjadi susut,” kata Mohd Harridon.

Sementara itu, Pengasas Endau Analytics yang juga penganalisis penerbangan Shukor Yusof berkata penyusutan nilai ringgit pada masa ini adalah antara cabaran besar yang ‘menjerut’ industri penerbangan sehingga menyukarkan kelangsungan, terutama bagi syarikat penerbangan baharu.

“Saya percaya semua syarikat penerbangan sedang bergelut sekarang dan tidak hanya kalangan syarikat LCC. Ini disukarkan lagi dengan kekurangan aspek pemantauan kawal selia, pengurusan yang tidak berpengalaman serta model perniagaan yang tidak tepat,” katanya.

 

Kerajaan Perlu Wujudkan Rangka Kerja Pintar

 

Atas alasan itu, Shukor menekankan keperluan kerajaan untuk segera mewujudkan rangka kerja dan dasar pintar bagi melindungi kepentingan syarikat penerbangan negara, pengendali lapangan terbang dan paling utama adalah rakyat.

Pandangan sama turut diakui Mohd Haridon yang menegaskan kepentingan penambahbaikan terhadap dasar-dasar ditetapkan oleh pihak berkuasa penerbangan dari segi unjuran kewangan LCC.

“Adalah wajar untuk membuat penambahan dasar sedia ada yang memerlukan LCC merangka serta membentangkan model kewangan mereka dan disertakan dengan lampiran mengenai kemungkinan kekangan yang dapat membantu pihak berkuasa menilai jika model kewangan berkenaan mantap (atau sebaliknya),” katanya.

Tindakan itu, akan memastikan kepentingan pengguna dapat dilindungi daripada sebarang kemungkinan kesan daripada pendekatan mengundang masalah oleh syarikat penerbangan, katanya.

Sebelum ini, Malaysia Airports Holdings Bhd telah bertindak menyokong pertumbuhan perjalanan tambang rendah ini menerusi beberapa siri program insentif selama 12 tahun sejak 2002.

Ini termasuk Program Sokongan Permulaan (2002-2007) dan Program Insentif Dipertingkatkan pada 2007-2009 yang diberi secara eksklusif kepada AirAsia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan