Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama pemimpin Sarawak hadir program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 di MITEC, Kuala Lumpur hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Hanya Orang Sarawak yang boleh jaga Sarawak – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyambut baik keputusan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini membuktikan Kerajaan Perpaduan memahami bahawa hanya orang Sarawak yang boleh menjaga wilayah berkenaan.


Hanya orang Sarawak yang boleh jaga Sarawak.
“Insya -Allah GPS akan bertahan (pada PRK DUN Jepak).

“Hari ini saya hendak ucap terima kasih kepada PH dan BN (kerana mengambil keputusan itu),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Town Hall Sarawak Agenda yang dikendalikan oleh Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli di sini, hari ini.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluangkan masa bergambar bersama Anak Sarawak yang hadir program Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 di Kuala Lumpur hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)
Sesi berkenaan diadakan sempena program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) .

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Nancy Shukri turut mengiringi Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sempena program Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 di sini hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS).
Program turut menyaksikan kehadiran Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Penamaan calon PRK DUN Jepak hari ini menyaksikan tiga diterima bertanding iaitu Iskandar Turkee mewakili GPS, Stevenson Joseph Sumbang (Parti Bumi Kenyalang) dan Chieng Lea Phing yang ditampilkan oleh Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI).

Sementara itu Abang Johari yang juga Premier Sarawak berharap wilayah itu akan terus ke hadapan serta mempertahankan kestabilan politik yang dinikmati ketika ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan