Search
Close this search box.
Rumah pekerja ladang berhampiran Lapangan Terbang Sibu yang musnah terbakar turut mengakibatkan sepasang suami isteri mengalami kecederaan. Foto: BBP Sibujaya

Suami isteri melecur, rumah pekerja sawit hangus di Sibu

SIBU, 20 Okt: Sepasang suami isteri melecur selepas rumah pekerja yang dihuni mereka musnah dalam kebakaran berhampiran Lapangan Terbang Sibu, di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 5 petang itu, si suami yang bukan warganegara berusia 36 tahun melecur di bahagian belakang manakala isterinya warga tempatan, 40, melecur di bahagian kaki.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Penguasa Bomba Kanan (PgKB 1) Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.08 petang sebelum jentera dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibujaya ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan api marak di rumah pekerja ladang sawit berstruktur tidak kekal.

“Kebakaran itu membabitkan sebuah rumah pekerja bersaiz 15 X 20 kaki persegi telah musnah terbakar 100 peratus.

“Kedua-dua mangsa didapati mengalami kecederaan (melecur) dan telah dibawa pihak ambulans sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Andy, pasukan bomba telah bertindak memadamkan sisa-sisa kebakaran menggunakan sumber air terbuka di kawasan rumah berkenaan.

“Pasukan bomba mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran.

“Setelah api dipadamkan, pasukan pemadam memastikan keadaan terkawal dan selamat serta memastikan api tidak naik semula dan operasi pemadaman ditamatkan pada jam 6. 05 petang,” katanya.

Agensi lain yang terlibat termasuk enam pasukan Bomba Lapangan Terbang Sibu dan tiga petugas dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Penyiasatan Kebakaran JBPM Zon 4. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan