Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar semasa sesi bergambar bersama para usahawan pada Majlis Perasmian Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia (KBM) 2023 Zon Sarawak di sebuah pusat beli-belah di Miri pada hari ini. Foto: TVS

Produk Malaysia wajar jadi pilihan utama rakyat

MIRI, 20 Okt: Rakyat disaran agar menjadikan produk barangan Malaysia sebagai pilihan utama susulan keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar mengakui peningkatan kos sara hidup telah memberi kesan kepada kuasa membeli rakyat yang semakin menurun.

“Kita melihat trend sekarang iaitu kuasa membeli rakyat dilihat berkurangan akibat daripada peningkatan kos sara hidup. Rakyat cuba mencari pilihan lain dalam pembelian barangan harian. Jadi ini peluang terbaik kepada seluruh rakyat dan usahawan untuk menjadikan barangan Malaysia sebagai pilihan utama atau pengganti produk-produk dari luar negara.

“Dalam ekonomi sekarang, saya yakin para pengguna di luar sana sudah bijak dalam berbelanja. Mereka memastikan produk yang dibeli berkualiti dengan harga berpatutan,” katanya pada  Majlis Perasmian Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia (KBM) 2023 Zon Sarawak di sebuah pusat beli-belah di sini, pada Jumaat.

Tambahnya, antara usaha bagi memastikan rakyat memilih produk buatan Malaysia seperti mengadakan program dan usahawan untuk menyediakan sampel yang dapat memberi peluang kepada pengguna untuk mencuba produk tempatan.

“Kita hendak memastikan bahawa rakyat tahu bahawa barangan Malaysia sememangnya berkualiti, setanding dan lebih baik daripada barangan antarabangsa. Jadi kita mengadakan program lapangan seperti ini supaya rakyat dapat mencuba dan merasai sendiri produk-produk tempatan. Usahawan sekalian jangan berkira, buat sampel supaya para pengguna boleh jatuh cinta dengan produk kita.

“Buat para pengguna, saya menyeru sebagai rakyat Malaysia agar terus membantu membangunkan ekonomi negara dengan menunjukkan sokongan dalam mengutamakan barangan Malaysia,” ujarnya.

Program ini merupakan inisiatif kerajaan melalui KPDN dalam usaha menjadi pemangkin memartabatkan dan merancakkan pembelian barangan buatan Malaysia di samping mengimbangi cabaran dan tekanan globalisasi ekonomi khususnya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.

Sebanyak 18 gerai jualan pameran ditampilkan terdiri daripada pemain-pemain industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dipilih dari zon terlibat untuk memperkenalkan kepelbagaian produk mereka kepada masyarakat setempat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan