Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Semuja, John Ilus menanam pokok spesis Bucida Variegated semasa majlis Penanaman Pokok Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Majlis Bahagian Serian di Tasik Baru, Taman Danu. Foto: TVS

SEB tanam 125 pokok di sekitar Serian, inisiatif kelestarian alam sekitar

SERIAN, 19 Okt: Sebanyak 125 batang pokok daripada spesis Bucida Variegated setinggi satu kaki ditanam di kawasan Tasik Baru, Taman Danu dan Jalan Datuk Micheal Ben, di sini, hari ini.

Inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada kempen penanaman pokok bersepadu, perlindungan dan pemulihan habitat bersepadu selama 10 tahun Sarawak Energy (SEB) terhadap komitmen kelestarian alam sekitar dan menangani perubahan iklim.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Semuja, John Ilus berkata, selain mendidik mengenai kepentingan pengekalan kelestarian alam sekitar, program seumpama itu turut bertindak menanam kesedaran masyarakat dalam penanam aspek pokok sebagai salah satu langkah bagi memastikan keseimbangan ekosistem yang terjejas akibat perubahan iklim global.

“Salah satu perkara yang dititikberatkan Pelan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 kita ialah mengenai pengekalan kelestarian dan keseimbangan alam sekitar, jadi tujuan ini adalah antara tujuan kita ke arah pemantapan teknologi hijau di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penanaman Pokok Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Majlis Bahagian Serian di Tasik Baru, Taman Danu, di sini hari ini.

Kempen penanaman pokok bersepadu, perlindungan dan pemulihan habitat bersepadu selama 10 tahun yang diusahakan oleh SEB itu merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat penyedia tenaga tersebut dalam membantu mengekalkan kelestarian dan keseimbangan alam sekitar dalam membantu menangani perubahan iklim global.

SEB dalam pada itu mendedahkan pihaknya menyasarkan untuk menanam dan melindungi 500,000 pokok menjelang tahun 2030 dengan lebih 79,000 pokok telah pun ditanam sehingga kini menerusi kerjasama serta inisiatif yang dilaksanakan oleh pelbagai unit perniagaan SEB.

Inisiatif itu selari dengan komitmen Sarawak yang mensasarkan penanaman 35 juta pokok dalam menyokong kempen penanaman pokok 100 juta pokok oleh kerajaan Malaysia bagi tempoh 2021 hingga 2025. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan