Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (lima, kiri) menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat tempatan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di Seri Perdana hari ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto Bernama.

Rakyat Malaysia, korporat derma RM81 juta bantu rakyat Palestin

ByBernama

PUTRAJAYA, 19 Okt: Kutipan tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar kini berjumlah RM81 juta, menghampiri sasaran RM100 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada majlis penyampaian sumbangan tabung AAKRP di sini hari ini, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kutipan besar dalam tempoh masa singkat itu menunjukkan soladiriti Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

PM ulangi pendirian Malaysia terus bersama dalam perjuangan Palestin

Beliau memberi jaminan bahawa AAKRP itu akan dipastikan disalur terus untuk perubatan, makanan, minuman serta kemudahan asas untuk rakyat Palestin yang terjejas ketika ini.

“Saya terharu dalam masa singkat dengan dana awal kita dapat kumpul lebih RM80 juta yang akan memenuhi matlamat diumumkan peringkat awal iaitu RM100 juta. Ini menunjukkan keprihatinan dan terima kasih kepda syarikat kerajaan, swasta dan syarikat bukan Islam,” kata beliau.

Tabung AAKRP diwujudkan susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini dengan kerajaan telah menyumbang RM10 juta dana awal tabung itu.

Antara penyumbang terbesar untuk AAKRP hari ini adalah Khazanah Nasional Bhd serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu RM15 juta, Yayasan Albukhary RM15 juta dan YTL Corporation Bhd RM5 juta.

Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd dan REDtone Digital Bhd masing-masing menyumbang RM1 juta kepada dana itu.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan