Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof bercakap kepada pemberita selepas hadir majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU), antara Majlis Pensijilan Minyak Sawit (MPOCC) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC), di sini hari ini. Foto Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

PRK DUN Jepak: Beri GPS menang percuma – TPM Fadillah

ByBernama

PUTRAJAYA, 19 Okt: Yakin Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap menjadi pilihan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sebaiknya calon GPS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan, diberi kemenangan percuma.

Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau yakin DUN Jepak akan kekal milik GPS pada PRK itu, sekiranya ada pertandingan di mana bukan sahaja menang tetapi juga menang bergaya.

“Jadi siapa nak bertanding, tidak payahlah. Bagi kita menang percuma. Buang duit sahaja. Simpan duit, simpan tenaga. Tunggu pilihan raya yang lebih besar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pemeteraian memorandum persefahaman (MoU), antara Majlis Pensijilan Minyak Sawit (MPOCC) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC), di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bekas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Iskandar Turkee, sebagai bakal calon GPS bagi PRK DUN Jepak, yang perlu diadakan berikutan kematian  penyandangnya Datuk Talib Zulpilip dari GPS, pada 15 September lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon untuk PRK tersebut, dengan 31 Oktober sebagai tarikh pengundian awal dan 4 November sebagai hari pengundian.

Fadillah berkata Iskandar, 54, merupakan seorang yang berkredibiliti, dan pada usia yang cukup matang serta berpengalaman luas sebagai penjawat awam, dapat memberikan berkhidmat terbaik kepada masyarakat terutamanya di DUN Jepak yang merupakan kubu kuat GPS itu.

Beliau berkata GPS akan tetap ‘turun padang’ sekiranya ada pertandingan, bagi memastikan calon GPS itu bukan sekadar menang tetapi menang dengan bergaya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan