Search
Close this search box.
Kerajaan memberi fokus kepada pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) mampu milik untuk industri perladangan dan komoditi bagi membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan. Foto hiasan

Pembangunan AI mampu milik untuk bantu pekebun kecil – Fadillah

ByBernama

PUTRAJAYA, 19 Okt: Kerajaan memberi fokus kepada pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) mampu milik untuk industri perladangan dan komoditi bagi membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata ia merupakan antara fokus kerajaan ke arah automasi dan mekanisasi dalam bidang perladangan, dengan mempertimbangkan kemampuan golongan sasar beradaptasi dengan teknologi itu.

“Kita sudah menggunakan teknologi dron untuk penyemburan baja dan racun, tapi untuk kaedah penuaian kita masih menghadap cabaran, jadi kita fokus untuk bangunkan robot dengan kemajuan AI yang akan mengenal pasti buah-buah yang cukup matang untuk dipetik dan mungkin juga proses ‘prunning’ (pemangkasan).

“Sekarang sudah banyak syarikat-syarikat besar berkaitan sudah menggunakan teknologi ini dan mendapat manfaat dari segi insentif cukai,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Majlis Pensijilan Minyak Sawit (MPOCC) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC), di sini hari ini.

Fadillah berkata penggunaan teknologi AI akan mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing dan buruh kasar dalam industri perladangan dan komoditi.

Beliau berkata penggunaan AI dengan kos operasi berpatutan akan membantu pengusaha kebun yang sudah berumur dan kurang berada di lapangan untuk mengeluarkan hasil.

Mengenai kerjasama antara MPOCC dan HDC, Fadillah berkata ia bertujuan untuk saling bertukar maklumat serta meneroka peluang dan inisiatif baharu berkaitan kemampanan dalam industri minyak sawit dan ekosistem halal.

Pada 2022, katanya nilai eksport halal Malaysia mencecah RM59.4 bilion iaitu 4.7 peratus atau RM2.8 bilion adalah produk berasaskan sawit.

“Sementara bagi sektor ramuan halal yang 70 peratus berasaskan sawit telah meningkat 73.1 peratus kepada RM23.35 billion pada tahun sama,” kata beliau.

HDC merupakan peneraju pembangunan bersepadu dan ekosistem halal negara, manakala MPOCC bertanggungjawab mengendalikan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan