Search
Close this search box.
Datu Dr Lulie Melling menerima Anugerah Felo Akademi Sains Malaysia yang disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang di Kuala Lumpur, malam tadi.

Pakar tanah gambut dari Sarawak, Dr Lulie terima Anugerah Felo Akademi Sains Malaysia

KUCHING, 18 Okt: Pengarah Institut Penyelidikan Gambut Tropika Sarawak (TROPI) Datu Dr Lulie Melling mengharumkan nama Sarawak apabila menerima Anugerah Felo Akademi Sains Malaysia (ASM).

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang di Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Menurut kenyataan yang dikongsikan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Dr Lulie merupakan pakar dalam pengurusan tanah gambut tropika dan terkenal dengan kerja terobosan dalam mengukur fluks gas rumah hijau dari tanah gambut tropika.

Sumbangan besar beliau meliputi penubuhan repositori global bagi penyelidikan gambut dan tanah gambut tropika, yang memberi manfaat bukan sahaja kepada Sarawak tetapi dunia secara keseluruhannya.

Usaha perintis beliau dalam penyelidikan tanah gambut telah meletakkan asas bagi satu sumber ekonomi penting Malaysia khususnya Sarawak.

Di Institut Penyelidikan Gambut Tropika Sarawak, beliau telah menyelia tujuh calon doktor falsafah antarabangsa, lima pelajar sarjana tempatan dan kini membimbing 13 projek penyelidikan yang sedang berjalan.

Penglibatan Dr Lulie di ASM termasuk peranannya sebagai ahli Pasukan Petugas Kajian Kebolehlaksanaan Akta Pencemaran Tempatan dan Rentas Sempadan dari 2019 hingga 2020. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan