Search
Close this search box.
ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan di Dewan Anak Seni Kampung Bandarsah, Jalan Ajibah Abol, Kuching hari ini. Foto: TVS

Sumbangan bantuan ringankan beban pelajar, OKU dan komuniti surau DUN Satok

KUCHING, 17 Okt: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki menyampaikan tiga bantuan sumbangan kepada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok hari ini.

Antara bantuan sumbangan disampaikan adalah penyerahan dana pendidikan kepada pelajar DUN Satok yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Jelas beliau, sumbangan disampaikan adalah bagi meringankan beban kepada lebih 100 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran.

“Pada hari ini, kita memberikan beberapa sumbangan. Sumbangan pertama adalah sumbangan RM1,500 kepada setiap pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Sumbangan ini boleh digunakan untuk membiayai tiket penerbangan, membeli barangan keperluan dan sebagainya.

“Seramai 100 orang pelajar DUN Satok yang telah menerima sumbangan pada hari ini,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan di Dewan Anak Seni Kampung Bandarsah, Jalan Ajibah Abol, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan penyerahan sumbangan barangan keperluan pengurusan jenazah kepada tiga surau dan satu masjid dalam kawasan DUN Satok dan menyasarkan penyerahan sebanyak 250 unit kaki palsu dan anggota badan prostetik kepada penerima Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memerlukan di beberapa daerah di Sarawak.

“Selain itu, kita juga telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan pengurusan jenazah kepada tiga surau dan satu masjid yang memerlukan di kawasan DUN Satok ini bagi memudahkan masyarakat sekitar.

“Setakat ini, kita juga telah menyerahkan sebanyak 144 unit kaki palsu dan anggota badan prostetik kepada penerima OKU. Pada hari ini, kita telah menyerahkan 33 unit kaki palsu dan anggota badan prostetik.

“Kita menyasarkan sumbangan 250 unit kaki palsu dan anggota badan prostetik kepada penerima yang memerlukan. Selepas ini, kita akan ke kawasan lain seperti Sibu, Miri dan Bintulu bagi menyampaikan sumbangan berkenaan bagi mencapai 250 unit kaki palsu dan anggota badan prostetik peruntukan daripada masyarakat,” ujarnya lagi.

Program ini turut melibatkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti The Malaysian Church of Jesus Christ of Latter Day Saints, Yayasan Peduli Tuna Daksa, Jakarta dan Persatuan Pengajian Sadhu Vaswani, Malaysia, Che Hui Khor, Kuching dan Ming Ya Shang Ge, Jakarta.

Sumbangan program ini ditanggung oleh The Malaysian Church of Jesus Christ of Latter Day Saints berjumlah RM250,000 dengan kos bagi setiap anggota tiruan ialah RM1,000. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan