Search
Close this search box.
Jasad mangsa terakhir yang dikenali sebagai Aldrin Gambang Allan Kiai telah dijumpai dalam jarak 4 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas. Foto: Balai Bomba dan Penyelamat Daro (FB)

Mangsa lemas terakhir di Sungai Batang Lassa djumpai

ByDayu Adruce

KUCHING, 17 Okt: Mangsa terakhir insiden tiga remaja yang hilang petang semalam setelah dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Batang Lassa berdekatan Nangar di Daro, kira-kira 125 kilometer dari sini, dijumpai pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 3, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Andy Alie berkata, jasad mangsa terakhir yang dikenali sebagai Aldrin Gambang Allan Kiai telah dijumpai dalam jarak 4 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Menurutnya penemuan itu sekali gus menamatkan Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi ketiga-tiga mangsa terlibat.

“Jasad mangsa pertama telah dibawa ke jeti pagi tadi dan seterusnya telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala, mangsa kedua dikenali sebagai Sebastian Oziel Seman Umpi telah dijumpai oleh pasukan penyelamat ketika anggota meneruskan pencarian disepanjang Sungai kira-kira jam 8.30 pagi tadi,” ujarnya menerusi kenyataan media hari ini.

Untuk rekod, dalam kejadian kira-kira 6.30 petang semalam, tiga remaja berusia 13 tahun itu dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi di sungai berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan