Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato

KPWKM giat sediakan keperluan kanak-kanak autisme, ADHD

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Pelbagai bantuan serta program disediakan kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak autisme dan Gangguan Hiperaktif Defisit Perhatian (ADHD) di negara ini.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Raj Munni Sabu, seramai 48,781 orang dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) Autisme serta 14,938 OKU ADHD telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Kempen Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU).

Tambahnya usaha ini bagi membolehkan mereka mereka menikmati hampir 30 kemudahan dan keistimewaan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta.

“Antara program khusus yang dilaksanakan untuk kanak-kanak autisme ialah kerajaan dengan kerjasama Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) telah menubuhkan enam buah TASKA OKU pada tahun 2013 sebagai projek rintis dan kemudian menambah lagi lima buah TASKA OKU pada tahun 2020.

“Sehingga kini terdapat sebanyak 11 buah TASKA OKU bagi enam kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi Sindrom Down, autisme, penglihatan, pendengaran, fizikal dan pembelajaran. TASKA bagi kanak-kanak OKU autisme adalah TASKA Autisme, di Sibu, Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batu Prabakaran A/L M Parameswaran di persidangan Dewan Rakyat mengenai apakah jenis bantuan yang disediakan oleh pihak JKM untuk membantu kanak-kanak yang berhadapan masalah Autisme dan ADHD.

Dalam masa yang sama, kerajaan turut menyediakan program kepada OKU yang turut memberi manfaat kepada kanak-kanak autisme dan ADHD seperti Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang merangkumi seramai 18,957 OKU sedang menerima perkhidmatan di semua 564 buah PDK di seluruh negara sehingga Ogos 2023.

“KPWKM merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024 kerana telah mengumumkan kenaikan kadar Elaun Pelatih PDK daripada RM150 sebulan kepada RM300 sebulan (berjumlah RM3,600 setahun).

“Selain itu, terdapat tujuh buah institusi OKU iaitu Taman Sinar Harapan (TSH) di seluruh negara yang memberi penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak OKU kategori pembelajaran termasuk autisme dan ADHD,” tambahnya.

Tambahnya, terdapat juga pelbagai inisiatif dan insentif yang disediakan oleh kerajaan yang disalurkan melalui agensi-agensi lain selain daripada KPWKM termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas dan Program GENIUS Kurnia.

Manakala melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pula Kerajaan menyediakan Bantuan Kewangan Pelajar OKU di Institusi Pengajian Tinggi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan