Search
Close this search box.
Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pada Majlis Graduasi Swinburne yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pagi tadi. Foto: Lorenzo Isaac (TVS)

Abang Johari beri bayangan PBB pertaruh calon lelaki bagi PRK Jepak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 17 Okt: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan bayangan bahawa calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak adalah daripada kalangan lelaki.

Bagaimanapun, Premier Sarawak itu tidak mendedahkan nama calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam GPS yang diketengahkan bagi mempertahankan kerusi itu.

“Esok kita akan tahu siapa, calon PRK Jepak yang bakal diumumkan adalah dari kalangan lelaki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Graduasi Swinburne yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pagi tadi.

Untuk rekod, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Rabu ini.

Abang Johari berkata, beberapa individu telah dikenal pasti sebagai calon kerusi berkenaan, namun gabungan itu akan memastikan calon yang bakal bertanding ‘bersih’ daripada sebarang rekod jenayah dan rasuah.

Tambahnya lagi, calon PBB/GPS itu nanti merupakan orang tempatan daripada komuniti Vaie.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Jepak pada 4 November ini, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 21 dan 31 Oktober.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan