Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin menyerahkan sijil penghargaan kepada Pengarah Andact Sdn Bhd, Lau Ping Tak semasa Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Senadin hari ini. Foto: TVS

Sarawak perlukan dua hospital besar di Sibu dan Miri

MIRI,16 Okt: Sarawak memerlukan dua lagi hospital besar iaitu masing – masing di zon tengah dan utara wilayah ini, kata Dato Sri Lee Kim Shin.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata, ketika ini hanya terdapat sebuah hospital berstatus berkenaan iaitu Hospital Umum Sarawak di Kuching.

Tapak cadangan pembinaan Pusat Kanser dikenal pasti – Dr Zaliha

Kata beliau, hospital besar yang mempunyai perkhidmatan kesihatan lengkap perlu dibina di Sibu dan Miri.

Tapak cadangan pembinaan Pusat Kanser dikenal pasti – Dr Zaliha

“Ini supaya rakyat Sarawak juga akan dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang sempurna seperti di Semenanjung Malaysia.

“Sekiranya kita bandingkan dengan di sana, setiap negeri mempunyai hospital besar.

Tapak cadangan pembinaan Pusat Kanser dikenal pasti – Dr Zaliha

“(Saya fikir) pembinaan dua lagi hospital besar menjadi harapan rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Senadin di sini hari ini.

Tapak cadangan pembinaan Pusat Kanser dikenal pasti – Dr Zaliha

Mengulas lanjut, Kim Shin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, pihaknya juga mempunyai perancangan untuk memohon kepada Kementerian Kesihatan (KKM) supaya menambah jumlah klinik kesihatan kategori tiga di Permyjaya.

Tapak cadangan pembinaan Pusat Kanser dikenal pasti – Dr Zaliha

“KKM mempunyai tanggungjawab untuk mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Ini hanya sementara dan kita telah bercadang untuk membina sebuah lagi klinik kesihatan bertaraf seperti Tudan di Permyjaya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan