Search
Close this search box.
Kes dua wanita Islam yang mencabar isu perlembagaan bagi membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 tiada kena-mengena dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di negara ini. Foto hiasan Envato.

Polis dapat perintah mahkamah halang lapan berhimpun di Mahkamah Sibu

KUCHING, 16 Okt: Lapan individu dilarang berhimpun atau berada di kawasan Mahkamah Sibu esok bagi memberikan sokongan kepada satu kes yang akan dibicarakan esok.

Pesuruhajaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, ini susulan perintah mahkamah yang diperolehi oleh pihaknya bagi menghalang sebarang aktiviti perhimpunan di kawasan mahkamah itu selama tujuh hari bermula 17 Oktober hingga 23 Oktober.

Jelas Mohd. Azman, keingkaran mematuhi arahan terbabit boleh mengakibatkan individu-individu terbabit didakwa di bawah Seksyen 118 Kanun Keseksaan.

“Oleh yang demikian, PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak hadir bagi menyatakan sokongan terhadap mereka yang terlibat dalam perbicaraan tersebut.

“Tindakan memberikan sokongan sedemikian dikhuatiri boleh mendatangkan suasana yang boleh mengancam ketenteraman awam,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Menurut Mohd. Azman perintah berkenaan dikenakan terhadap Mathew Mudai Umpi, Jonas Ling Lee King, Andrew Lau Chii Chuong, Alistair Lau Chii Kiat, Chua Yieng Hui, Lawrence Clement Ahsay, Napoleon Lawik, Alim@Giovanni Adlim Mideh.

“Polis juga akan mengambil tindakkan terhadap pihak yang cuba mengajak atau menghasut orang ramai untuk berhimpun di perkarangan Mahkamah Sibu pada hari perbicaraan terbabit.

Terdahulu Timbalan Persuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata memberitahu, sebanyak enam kertas siasatan telah dibuka oleh polis berhubung ajakan berunsur hasutan bagi mengadakan perhimpunan berkenaan yang dimuat naik di media sosial.

Seorang individu turut ditahan bagi membantu siasatan namun sudah dibebaskan dengan jaminan pihak polis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan