Search
Close this search box.
KPT menyasarkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memperoleh gaji premium iaitu lebih RM4,000 sebulan.Foto hiasan, Envato.

Parlimen: 10 peratus graduan TVET terima gaji RM4,000 sebulan

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyasarkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menikmati gaji premium iaitu lebih RM4,000 sebulan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini sekitar 10 peratus graduan TVET universiti awam atau rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menerima gaji berkenaan.

“Pelajar-pelajar TVET di bawah KPT meliputi 42 peratus. Oleh itu, KPT kini tidak hanya fokus kepada kebolehpasaran graduan sebaliknya turut menekankan soal gaji premium.

Gaji graduan TVET perlu lebih tinggi, elak penghijrahan belia desa ke bandar

“Untuk makluman, graduan lepasan universiti awam yang menerima gaji RM2,500 ialah sebanyak 38 peratus manakala graduan politeknik yang menerima gaji premium (RM4,000) ialah 0.9 peratus dan 6.1 peratus graduan mendapat gaji RM2,500,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Muslimin Yahaya (Perikatan Nasional -Sungai Besar) yang ingin tahu usaha KPT memartabatkan graduan TVET dari segi upah yang dilihat sangat rendah sehingga menghantui graduan mencari pekerjaan.

Mengulas lanjut, Mohamed Khalid memaklumkan bagi tempoh 2018 sehingga 2023, jumlah graduan bidang TVET yang dilahirkan oleh KPT adalah seramai 256,901.

Purata kebolehpasaran graduan TVET dari Universiti Awam (UA) atau MTUN pada 2018 sehingga 2022 adalah sebanyak 91.8 peratus dan daripada jumlah ini, 69.4 peratus graduan telah bekerja. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan