Search
Close this search box.
Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, Muhammad Shuhaili Mohd Shafie berucap pada ‘EPF Sarawak and Corparate Affairs Division High-tea Session with State Media’ di Hotel Grand Magherita, pada hari ini. Foto: TVS

Media bantu KWSP sebar maklumat tepat

KUCHING, 16 Okt: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) amat menghargai sokongan media yang membantu menyebarkan maklumat tepat.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, Muhammad Shuhaili Mohd Shafie berkata, sokongan itu perlu diteruskan serta beliau mahu kerjasama sedia ada terus diperkukuhkan.

“Ini satu peluang yang bagus, antara tujuan kita mengadakan majlis ini untuk saling mengenali dan merapatkan lagi perhubungan sedia terjalin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ‘EPF Sarawak and Corparate Affairs Division High-tea Session with State Media’ di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Wilayah KWSP, Aminuddin Abdul Aziz

Mengulas lanjut, Muhammad Shuhaili menjelaskan KWSP bergerak seiring dengan peredaran zaman dan sentiasa berubah mengikut keadaan semasa.

“KWSP merupakan organisasi yang sentiasa berubah dan semakin maju (namun) banyak perkara yang kita hendak laksanakan memerlukan kerjasama daripada pihak media,” katanya. -TVS

Tags: KWSP, media

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan