Search
Close this search box.
Tiga buah bot peronda laju Jabatan Perikanan Malaysia (Perikanan) baharu yang akan ditempatkan di Pangkalan Perikanan Santubong, Tanjung Manis dan Miri. Foto: TVS

Jabatan Perikanan Malaysia cadang bina pangkalan baharu di Bintulu

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 16 Okt: Jabatan Perikanan Malaysia bercadang untuk membina pangkalan baharu di Bintulu menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan), Bohari Leng berkata, ketika ini perkara berkenaan masih di peringkat rancangan.

Kata beliau, pangkalan baharu itu kelak sebagai tambahan kepada kemudahan sedia ada di Sarawak.

“Ia juga bergantung kepada peruntukan, jika diluluskan di bawah RMK-13, kita bina pejabat baharu, mungkin akan tambah sebagai pangkalan perlindungan perikanan atau penguatkuasaan di Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir majlis penyerahan tiga bot peronda laju Perikanan di Pejabat Perikanan Wilayah 1 Santubong di sini hari ini.

Setakat terdapat lima pangkalan perikanan di Sarawak antaranya Santubong, Tanjung Manis, Mukah, Lawas dan Miri.

Mengulas lanjut, Bohari berkata, beliau berharap agar cadangan ini dapat dipertimbangkan bagi memastikan pengoperasian perikanan di perairan Sarawak dapat dilaksanakan dengan menyeluruh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan