Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Oktober 2023 di Puspanitapuri hari ini. Foto: Bernama

Insentif RM2,000 tanda iktiraf khidmat Penjawat Awam – PM Anwar

ByBernama

PUTRAJAYA, 16 Okt: Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 Jumaat lepas, merupakan pengiktirafan terhadap khidmat penjawat awam sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) siap, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, insentif itu ialah isyarat bahawa kerajaan memberi perhatian serius terhadap kadar upah 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

“Tidak munasabah untuk harapkan prestasi meningkat, produktiviti tinggi, tetapi kadar upah tidak meningkat.

“Kalau kita tengok kajian DOSM (Jabatan Perangkaan), tahap produktiviti ada peningkatan, tetapi kadar upah peningkatannya sederhana. Jadi ia tidak berikan suatu galakan,” katanya pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Oktober di sini hari ini.

Anwar berharap langkah sama turut dilaksanakan oleh majikan sektor swasta dengan mengambil kira faktor ekonomi semasa. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan