Search
Close this search box.
Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media Padawan Raft Safari. Foto: TVS

Safari Rakit Padawan 2023 bermula 20 Okt, tawar hadiah RM19,000

KUCHING, 14 Oktober: Safari Rakit Padawan 2023 kembali dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM19,000.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tahun ini menyaksikan penyertaan meningkat kepada dua kali ganda iaitu sebanyak 200 pasukan termasuk 13 daripadanya dari luar negara, berbanding tahun lepas.

Menurutnya penyertaan kali ini merangkumi 77 pasukan daripada agensi kerajaan, 23 pasukan untuk kategori wanita terbuka, 20 pasukan daripada hotel dan agensi, 36 pasukan bagi kategori terbuka dan kayak adalah 44 pasukan.

“Tahun ini kita melihat banyak penglibatan pasukan antarabangsa dari Thailand, Amerika Syarikat, Indonesia, Belarus, China, Singapura, Brunei Darussalam dan Filipina.

“Lonjakan yang besar ini menunjukkan acara ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat sekali daripada peserta dari dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Padawan Raft Safari di sini hari ini.

Abdul Karim berkata, pelepasan peserta bagi safari tersebut akan berlangsung pada 20 Oktober di lokasi daan masa yang berbeza mengikut kategori-kategori yang disertai oleh pasukan terlibat.

Katanya, kategori kayak akan dilepaskan pada jam 7.30 pagi di Kampung Annah Rais manakala kategori terbuka dilepaskan pada 8.30 pagi di Kampung Temurang sementara kategori wanita terbuka, agensi kerajaan, perhotelan serta lawatan di Kampung Danu dan dijangka berakhir di kampung Git sekitar jam 3 petang.

Hadir sama Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai dan Setiausaha Tetap MTCP Datuk Sherrina Hussaini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan